Tuesday, August 5, 2008

HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA

setelah melalui 32 tahun menjadi pendidik,rasanya hala tuju kita untuk membentuk insan cemerlang ,gemilang dan terbilang masih dalam igauan.Sebenarnya kita tak ke mana.Pelajar semakin kritis tetapi tidak produktif.Hambatan ilmu hanya bagi tujuan material.Kesedaran untuk membina bangsa hilang bersama corak komuniti.Diasuh pula masyarakat kita dengan media elektronik tanpa sempadan(boderless)


Apa yang kedapatan sekarang ialah wujud satu kumpulan intelek yang tiada sokongan akar umbi untuk membina negara bangsa.Mereka sekarang seperti enau dalam belukar.Masing-masing berusaha melepaskan pucuk .Tanyalah kepada seorang siswazah.Beranikah dia mengaku tulisan tangannya cantik dan tersusun.Mereka hampir lupa sebahagian seni diri.

No comments:

Blog Archive