wahai sahabat pendidik sekelian.
minggu lepas 3 hingga 6 mei 2009 saya bersama guru besar dan 5 rakan sejawat dari PRA dan tahun 1 dijemput oleh LPM(lembaga peperiksaa Malaysia) bermesyuarat di Pulau Pinang,kat hotel la tu.nama mesyuarat tu SPPK(sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan)
rupa-rupanya ada 40 buah sekolah menjadi sekolah rintis di Kedah ni.Di KMY ada 4 buah SK,Bt4,Sg Lalang,Sg Limau dan Tikam Batu.maka bermesyuarat dan berbengkellah kami.lepas tu GB bentang.
NAMPAKNYA tanggal 2010 mau ke tak mau semua sekolah kena laksana SPPK ni.untuk pengetahuan rakan-rakan tahun satu dan PRA siap sedialah tahun 2010.darjah lain ikut kemudian.dalam taksiran ni,sekolah 70% manakala LPM atau pusat 30%.
jadi banyakla kerja kena buat. istilah-istilah seperti konstruk,kontent,instrumen,item,eviden,profile,psikometrik test akan menjadi sebutan lazim lah dlm 2010 nih.
Dipendekkan kisah mulai hari ini setiap rakan pendidikku kenalah praktis PPP bukan P&P lagi di sekolah. Pengajaran,Pembelajaran dan Pentaksiran
No comments:
Post a Comment